Pertempuran Franklin (1864)

Pertempuran Franklin
Sebahagian daripada Perang Saudara Amerika

Pertempuran Franklin, oleh Kurz dan Allison (1891).
Tarikh30 November 1864 (1864-11-30)
Lokasi
Keputusan Kemenangan kepada pihak Kesatuan[1]
Pihak yang terlibat
Amerika Syarikat Amerika Syarikat Negeri-negeri Gabungan Amerika Negeri-negeri Gabungan
Komandan dan pemimpin
John M. Schofield John Bell Hood
Unit terlibat
Tentera Ohio Tentera Tennessee
Kekuatan
27,000[2] 27,000[2]
Kerugian dan korban
2,326 keseluruhannya
189 terbunuh
1,033 tercedera
1,104 hilang/ditangkap[2]
6,252 keseluruhannya
1,750 terbunuh
3,800 tercedera
702 hilang/ditangkap[2]

Pertempuran Franklin telah berlaku pada 30 November 1864 di Franklin, Tennessee dan ia adalah sebahagian daripada Kempen Franklin–Nashville dalam Perang Saudara Amerika. Ia adalah salah satu bencana peperangan paling teruk bagi Angkatan Tentera Negeri Gabungan. Leftenan Jeneral John Bell Hood dari Tentera Gabungan Tennessee mengendalikan banyak serangan hadapan terhadap kedudukan pertahanan yang diduduki oleh Angkatan Tentera Kesatuan dibawah Mejar Jeneral John M. Schofield, dan Hood tidak mampu menembusi ataupun menghalang Schofield daripada berundur secara teratur dan terancang ke Nashville.

Serangan tentera Gabungan terdiri daripada enam divisyen infantri yang mengandungi lapan belas briged dengan 100 rejimen seramai hampir 20,000 orang, yang juga dikenali sebagai "Serangan Pickett di Barat" menyebabkan kerosakan yang besar kepada tentera dan pegawai tentera Tennessee dimana 14 orang Jeneral (enam terbunuh atau tercedera sehingga mati, tujuh tercedera dan seorang tertangkap) dan 55 komander rejimen menjadi mangsa. Setelah kekalahannya terhadap Mejar Jeneral George H. Thomas dalam pertempuran seterusnya di Nashville, tentera Tennessee berundur dengan separuh tentera dimana mereka memulakan serangan pendek dan berjaya memusnahkan sebagai kuasa melawan untuk baki perang.

Pertempuran tahun 1864 ini merupakan tindakan ketenteraan kedua di Franklin. Pertempuran yang berlaku pada tahun sebelumnya adalah satu pergelutan kecil berkaitan dengan penguatkuasaan peninjauan yang diketuai oleh pemimpin tentera berkuda Gabungan, Mejar Jeneral Earl Van Dorn pada 10 April.

  1. ^ NPS
  2. ^ a b c d David J. 2001, m/s. 774

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search